Pembantu Pegawai Akaun
Malaysia Steel Works / Masteel
- Menyediakan Laporan Akaun setiap bulan.
- Menjana laporan inventori secara bulanan.
- Menyediakan dokumen eksport termasuk invois, Packing List, Bill of Lading (BL) dan lain-lain dokumen berkaitan.
- Menjalankan audit terhadap kamera CCTV bagi aktiviti besi skrap secara berkala.
- Menjalankan pengiraan stok secara fizikal apabila diperlukan.
- Memastikan sistem fail dan dokumentasi rekod diselenggara dengan baik.
- Membantu melaksanakan tugasan-tugasan lain yang diarahkan oleh pihak atasan.
Job Requirements:
- Calon mestilah memiliki Sijil atau Diploma dalam bidang Perakaunan, Perbankan, Kewangan atau bidang berkaitan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 2 hingga 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang perakaunan, kewangan, pentadbiran atau bidang berkaitan.
- Calon mestilah boleh bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin bagi berurusan dengan pelanggan dan pembekal yang bertutur dalam Bahasa Mandarin.
- Mempunyai kemahiran dalam mengendalikan komputer (Microsoft Office) dan menggunakan perisian asas dengan cekap.
- Mempunyai pengangkutan sendiri untuk bekerja di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Klang.
Nota: Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui e-mel: [email protected].


